Welcome quote

Welcome!

"These hymns have brought cheer in the day of trial; comfort in the time of bereavement; encouragement to live a life of greater devotion to Christ; rebuke to our coldness and oft backslidings; stimulus to enter and continue in sacrificial service for our blessed Lord and Master; and inspiration and guidance in our adoring worship and praise to the Father, through the Son, and in the power of the Holy Spirit!"
- Alfred Gibbs (from 'Hymns: Their Use and Abuse')

Note: The names for tunes indicated are not their formal designations.

Saturday, April 27, 2013

More about Jesus!


(First line: More about Jesus would I know)


Dalami Jesus ku mahu,
Kasih kurnia Nya tunjukkan,
Dalami kes'lamatan Nya,
Dalami kasih Nya 'tuk ku.

Dalami Jesus,
Dalami Jesus,
Dalami kes'lamatan Nya,
Dalami kasih Nya 'tuk ku.

Ingin lebih mengenal Nya,
Kehendak kudus Nya faham,
Roh Tuhan jadi Pengajar,
Bawa hal Kristus pada ku.

Dalam Firman melihat Nya,
Dengan Dia ku berhubung,
Tiap ayat Dia bersuara,
Jadi punyaan bagi ku.

Dalami Jesus di Takhta,
Kaya muli-a Dia punya,
Kerajaan Nya 'dah pasti,
Put'ra Damai, Dia, ku nanti. 

Friday, April 26, 2013

Great is Thy Faithfulness


(First line: Great is Thy Faithfulness, O God my Father)


"Besar Kesetia'n Mu", Tuhan Bapa ku,
Tiada bayangan ubah dengan Mu,
Kau masih sama, Kasih Mu abadi,
Bagai Kau dulu, juga selama.

"Besar Kesetia'n Mu!" "Besar Kesetia'n Mu!"
Tiap pagi, ku lihat rahmat Mu,
S'gala ku perlu, tangan Mu bekalkan,
"Besar Kesetia'n Mu," Lord pada ku!

Berlalu musim semai dan tuai,
Mentari, bulan, bintang bersama
Berkali menyaksi dengan ciptaan
Kesetia'n besar Mu, rahmat, kasih.

Ampun 'tuk dosa, dan damai abadi,
Kehadiran Mu hibur dan pimpin,
Kekuatan kini dan harapan esok,
S'gala berkat dan beribu kurnia. 

Thursday, April 25, 2013

Jesus! Source of Life eternal


(First line: Jesus! Source of Life eternal…)


JESUS! Sumber hidup kekal,
Jesus! Pengarang nafas
Dia mengatasi maut
Dengan ke-matian Nya.
Kau melalui sengsara
Untuk selamatkan kami:
        Beribu-ribu pujian,
       Lord Mulia, buat Mu.

Anak Tuhan yang menanggung
Hina, cacian dahsyat;
Untuk kami Raja Mulia,
Pakai mahkota duri:
Mati Mu bebaskan kami
Dari dosa ‘tuk s’lamanya:
        Beribu-ribu pujian,
       Lord Mulia, buat Mu.

Semua hinaan manusia,
Kau tanggung dengan sabar;
Sengat maut tak sepahit
Demi menebus kami.
Hebatnya kerendahan Mu
Untuk selamatkan kami:
        Beribu-ribu pujian,
       Lord Mulia, buat Mu.

Puji, sembah dari hati,
Jurus’lamat bagi Mu;
‘Tuk hidup Mu penghinaan,
Maut Mu, kita hidup.
Sengsara yang Kau tanggungi,
Bahagia yang kau dapatkan:
        Selamanya tema kami
        Bersyukur, Lord, pada Mu.

Wednesday, April 24, 2013

To God be the glory


(First line: To God be the glory great things He hath done)


Mulia pada Tuhan, hebat kerja Nya!
Kasih Nya ‘tuk dunia beri Anak Nya;
Yang serah nyawa Nya 
‘Tuk tebus dosa,
Buka pintu hidup ‘tuk semua masuk.

Pujilah! Pujilah! 
Tuhan yang berkuasa!
Pujilah! Pujilah!
UmatNya bergirang!
Datang pada Bapa melalui Jesus,
Pujilah Dia atas kerja hebatNya!

Tebusan sempurna; tebusan darah;
Pada yang percaya Tuhan berjanji,
Pendosa keji yang amat percaya,
T’rima ampun Jesus ‘tika percaya.

Hebat ajaran Nya, hebat kerja Nya,
Besar pujian kita melalui Jesus,
Tapi lebih tinggi, suci dan besar,
Kagum kita bila bertemu Jesus!

Tuesday, April 23, 2013

Draw me nearer blessed Lord


(First line: I am Thine O Lord, I have heard Thy voice)


Ku punyaan Lord, suara injil Mu,
B'ritahu ku kasih Mu;
Tapi ingin ku bangkit beriman,
'Tuk dekat kepada Mu.

Dekatkan ku, pada salib Mu,
Di mana Kau t'lah mati,
Dekatkan ku, dekat, dekat Mu O Lord,
Ke sisi berharga Mu.

Sucikanlah ku, pada kerja Mu,
Dengan kuasa kurnia Mu,
Biarlah jiwa ku teguh mengharap,
Kehendak Mu pimpin ku.

Sungguh gembira mana ketika,
Ku luangkan dengan Mu,
Berlutut doa dengan Mu Tuhan, 
Berhubung bagai kawan.

Dalamnya kasih belum ku tahu,
Sehingga hari mulia,
Tingginya girang belum ku capai,
Hingga saat rehat Mu. 

Monday, April 22, 2013

Trust and Obey


(First line: When we walk with the Lord, in the light of His word)


Berjalan dengan Tuhan,
Dalam terang Firman Nya,
Jalan kita Dia muliakan,
Bila buat kehendakNya,
Dia diam dalam kita,
Dan mereka yang yakin dan taat.

Yakin dan taat,
Sebab tiada cara lain,
‘Tuk gembira dalam Jesus,
Hanya yakin dan taat.

Bayangan tak ‘kan muncul,
Tiada mendung di langit,
SenyumNya mengusir mereka,
Tiada ragu dan takut,
Tiada keluh dan tangis,
Selagi ku yakin dan taat.

Tapi ku tak ‘kan dapat,
Girang penuh kasih Nya,
Hingga ku serahkan semua,
Pertolongan dari Nya,
Sukacita dari Nya,
Untuk m’reka yang yakin dan taat.

Pers’kutuan yang manis,
Di kaki Nya ku duduk,
Atau bila jalan dengan Nya,
Dia kata, ku buat,
Dia hantar, ku pergi,
Tiada takut, hanya yakin dan taat. 

Sunday, April 21, 2013

There is a fountain filled with blood


(First line: There is a fountain filled with blood)


Ada satu Mata Air,
Penuh darah Immanuel,
Pendosa yang terjun dalam nya,
Hilang s’gala dosa.

Penyamun gembira melihat,
Mata Air pada hari nya,
Di situ pun ku, sejahat nya,
Cuci s’gala dosa ku.

Anak Domba! Darah mahal Mu,
Tak ‘kan hilang kuasa nya,
Sehingga Jemaah Tuhan,
Dis’lamatkan, s’lamanya.

Sejak ku lihat dengan iman,
Aliran yang menyembuh ku,
Kasih hebat Tuhan tema ku,
Untuk s’lama-lama.

Kelak, dalam lagu yang mulia,
Ku lagukan kuasa s’lamat Mu,
Dengan semua di syurga nanti,
Ku kibarkan panji ku.

Lord, ‘Kau telah sediakan ku,
Walau ku tidak layak,
Untuk ku hadiah yang ditebus,
Kecapi emas bagi ku.

Ia direka untuk s’lamanya,
Untuk ku membunyikan,
Lagu di t’linga Tuhan Bapa,
Hanyalah Nama Mu!