Welcome quote

Welcome!

"These hymns have brought cheer in the day of trial; comfort in the time of bereavement; encouragement to live a life of greater devotion to Christ; rebuke to our coldness and oft backslidings; stimulus to enter and continue in sacrificial service for our blessed Lord and Master; and inspiration and guidance in our adoring worship and praise to the Father, through the Son, and in the power of the Holy Spirit!"
- Alfred Gibbs (from 'Hymns: Their Use and Abuse')

Note: The names for tunes indicated are not their formal designations.
Showing posts with label Hidup Kristian. Show all posts
Showing posts with label Hidup Kristian. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

Teach me Thy way, O Lord

(first line: "Teach me Thy way, O Lord")

Tune link: "Teach me Thy way" or "Nearer my God to Thee"


Ajar ku jalan Mu, 
Lord, ajar ku;
Kurnia Mu bantu ku,
Ajarlah ku:
Agar ku dibimbing,
Hidup dengan iman;
Terang Mu memimpin,
Ajarlah ku.

Bila ragu timbul,
Ajar ku, Lord;
Bila ribut landa,
Ajarlah ku:
Sinarlah terang Mu,
Dalam duka, pahit;
Laluan ku jelas,
Ajarlah ku.

S’panjang hayat aku,
Ajar ku, Lord;
Mana jua aku,
Ajarlah ku:
Hingga akhir lumba,
Hingga jalan tamat,
Hinggalah mahkota,
Ajarlah ku. 

Saturday, May 25, 2013

None but Christ can satisfy


(First line: O Christ, in Thee my soul hath found)


O Christ, dalam Mu ku jumpa,
Dalam Mu sahaja,
Girang yang s'lama ku cari,
Tak pernah alami.

Kini, hanya Christ pu-askan,
Ia saja untuk ku,
Kasih, hidup, girang kekal,
Lord Jesus, dalam Mu!

Ku mengeluh cari rehat,
Tapi tak pada Mu,
Hingga bila Jurus'lamat,
Kasih Nya peluk ku.

Bekas pecah ku minum, Lord,
Airnya lekas hilang,
Cita-cita dunia kosong,
Jesus penuhi ku!

Hilang ku seronok, sedih,
Tak juga untuk Mu,
Hingga kurnia buka mata,
Lihat indahnya Mu. 

Wednesday, May 15, 2013

Amazing grace!


(First line: Amazing Grace! how sweet the sound)


Kasih kurnia menakjubkan!
S'lamat yang-keji bagai ku,
Ku dulu se-sat, kini di-temu,
Buta, kini lihat.

Kurnia asuh ku 'tuk takut,
Juga sembuh khuatir ku,
Betapa berharga kurnia itu,
'Tika ku percaya.

Dalam semua jalanan ku,
Bahaya 'tau susah,
Kurnia dah pimpin ku s'lamat,
Juga hingga syurga.

Beribu zaman di syurga,
Bagai sinar abadi,
Masih Tuhan kami puji,
Bagai saat-per-tama. 

Thursday, May 9, 2013

Take my life and let it be


(First line: Take my life and let it be)


Am’bil hidupku, biarkanlah,
Dipersembah untuk Mu,
Am’bil tanganku, gerakkan,
Atas denyut kasih Mu;
Atas denyut kasih Mu.

Am’bil kaki ku, biarkanlah,
Cepat, indah bagi Mu,
Am’bil suara, ‘kan ku lagu,
Hanya untuk Raja ku;
Hanya untuk Raja ku.

Am’bil bibirku, biarkanlah,
Penuhi dengan Firman,
Am’bil perak dan emasku,
Tiada apa ku simpan;
Tiada apa ku simpan.

Am’bil kasihku, dicurah,
Di kaki Mu,  berikhlas,
Am’bil diri, ‘kan ku jadi,
Milik Mu selamanya;
Milik Mu selamanya.

Thursday, May 2, 2013

All to Jesus I surrender


(First line: All to Jesus I surrender)


Pada Jesus ku berserah,
Segalanya dengan bebas,
Akan ku kasih percaya,
Di hadiratNya hidup.

Ku serah semua,
Ku serah semua,
Pada Mu Jurus’lamatku,
Ku serah semua.

Pada Jesus ku berserah,
Bersujud di kaki Nya,
Cinta dunia ku tinggalkan,
Jesus ambil ku s’karang.

Pada Jesus ku berserah,
Jadikan ku milik Mu,
Biar ku rasa Roh Kudus Mu,
Yakin Engkau milik ku.

Pada Jesus ku berserah,
Ku serahkan diri ku,
Penuhi ku dengan kasih,
Berkat dan ku-asa Mu.

Pada Jesus ku berserah,
Kini rasa api suci,
Girang Selamat yang penuh,
Mulia, mulia Nama Nya.

Tuesday, April 30, 2013

All Power is given unto Me - Go ye into all the world


(First line: Far, far away in heathen darkness dwelling)


Ja-uh, ja-uh, kegelapan selubung,
Berjuta nyawa hilang s’lamanya,
Siapa, siapa? Yang akan menginjili,
Lihat pada Jesus, tak berkira.

“S’mua kuasa diberi Aku;
S’mua kuasa diberi Aku;
Pergilah s’luruh dunia b’ritakan injil,
Aku bersama mu s’lalu.”

Lihat dunia, pintu terbuka luas:
Prajurit Christ, bangkit dan masuklah;
Christian, bangun! 
Gabungkan ku-asamu,
Hantar Injil, putus rantai dosa.

M’ngapa mati? 
Suara Tuhan memanggil,
M’ngapa mati? ulang s’kali lagi;
Jesus mati, s’lamatkan dari maut;
Hidup dan kes’lamatan - isytihar!

Tuhan cepatkan hari semua bangsa,
‘Mulia Tuhan’ akan dinyanyikan;
Yang ditebus, girang dalam selamat,
Jerit Hallelujah, Lord lah Tuhan!

Monday, April 29, 2013

I'm but a stranger here - Heaven is my home


(First line: I’m but a stranger here)


Aku orang asing;
Syurga rumah ku!
Dunia padang gurun;
Syurga rumah ku!
Bahaya, sengsara
Mengelilingi ku;
Syurga tanahair,
Syurga rumah ku.

Walau ribut kencang?
Syurga rumah ku!
Singkat perjalanan;
Syurga rumah ku!
Musim salji dahsyat;
Pastikan berlalu;
Ku kan sampai rumah;
Syurga rumah ku.

Sisi Jurus’lamat;
Syurga rumah ku!
Ku kan dimulia;
Syurga rumah ku!
Yang baik dan berkat,
M’reka yang ku kasih,
Akan ku berehat;
Syurga rumah ku.

Ku takkan merungut;
Syurga rumah ku!
Apa bahagian ku;
Syurga rumah ku!
Ku akan berdiri
Di tangan kanan Lord;
Syurga tanahair:
Syurga rumah ku.

Sunday, April 28, 2013

Jesus, Lord, I need Thy presence


(First line: Jesus Lord I need Thy presence)


Jesus, Lord, ku perlukan Mu,
Meniti hidup ini,
Tanpa Mu ku kesunyian,
Langkah ku senang goyah,
Jika Kau bersama ku,
Hidup ku aman, kudus.

Jesus, Lord, tunjuk hikmat Mu,
K’rana beban menekan,
Tanpa Mu ku amat bodoh,
Tak berdaya tanggungnya,
Jika Kau menasihat,
Ku jadi benar, lurus.

Jesus, Lord, b’ri ku kuasa Mu,
K’rana cobaan datang,
Tanpa Mu ku tak berdaya, 
Lemah hadapi musuh,
Jika Kau kuatkan ku,
Hidup ku menang s’lalu.

Jesus, Lord, pimpinlah daku,
Siang - awan, api - malam,
Tanpa nya ku jadi buta,
Meraba cari jalan,
Jika Kau t’rus pimpin ku,
Kau sahaja ku ikut.

Jesus, Lord, kasih Mu lembut,
Keperluan ku terbesar,
Tanpa Mu angkuh dan marah,
Dari bibir ku jatuh,
Jika kasih Kau curah,
Hati ku penuh sayang.

Saturday, April 27, 2013

More about Jesus!


(First line: More about Jesus would I know)


Dalami Jesus ku mahu,
Kasih kurnia Nya tunjukkan,
Dalami kes'lamatan Nya,
Dalami kasih Nya 'tuk ku.

Dalami Jesus,
Dalami Jesus,
Dalami kes'lamatan Nya,
Dalami kasih Nya 'tuk ku.

Ingin lebih mengenal Nya,
Kehendak kudus Nya faham,
Roh Tuhan jadi Pengajar,
Bawa hal Kristus pada ku.

Dalam Firman melihat Nya,
Dengan Dia ku berhubung,
Tiap ayat Dia bersuara,
Jadi punyaan bagi ku.

Dalami Jesus di Takhta,
Kaya muli-a Dia punya,
Kerajaan Nya 'dah pasti,
Put'ra Damai, Dia, ku nanti. 

Tuesday, April 23, 2013

Draw me nearer blessed Lord


(First line: I am Thine O Lord, I have heard Thy voice)


Ku punyaan Lord, suara injil Mu,
B'ritahu ku kasih Mu;
Tapi ingin ku bangkit beriman,
'Tuk dekat kepada Mu.

Dekatkan ku, pada salib Mu,
Di mana Kau t'lah mati,
Dekatkan ku, dekat, dekat Mu O Lord,
Ke sisi berharga Mu.

Sucikanlah ku, pada kerja Mu,
Dengan kuasa kurnia Mu,
Biarlah jiwa ku teguh mengharap,
Kehendak Mu pimpin ku.

Sungguh gembira mana ketika,
Ku luangkan dengan Mu,
Berlutut doa dengan Mu Tuhan, 
Berhubung bagai kawan.

Dalamnya kasih belum ku tahu,
Sehingga hari mulia,
Tingginya girang belum ku capai,
Hingga saat rehat Mu. 

Monday, April 22, 2013

Trust and Obey


(First line: When we walk with the Lord, in the light of His word)


Berjalan dengan Tuhan,
Dalam terang Firman Nya,
Jalan kita Dia muliakan,
Bila buat kehendakNya,
Dia diam dalam kita,
Dan mereka yang yakin dan taat.

Yakin dan taat,
Sebab tiada cara lain,
‘Tuk gembira dalam Jesus,
Hanya yakin dan taat.

Bayangan tak ‘kan muncul,
Tiada mendung di langit,
SenyumNya mengusir mereka,
Tiada ragu dan takut,
Tiada keluh dan tangis,
Selagi ku yakin dan taat.

Tapi ku tak ‘kan dapat,
Girang penuh kasih Nya,
Hingga ku serahkan semua,
Pertolongan dari Nya,
Sukacita dari Nya,
Untuk m’reka yang yakin dan taat.

Pers’kutuan yang manis,
Di kaki Nya ku duduk,
Atau bila jalan dengan Nya,
Dia kata, ku buat,
Dia hantar, ku pergi,
Tiada takut, hanya yakin dan taat. 

Sunday, April 21, 2013

There is a fountain filled with blood


(First line: There is a fountain filled with blood)


Ada satu Mata Air,
Penuh darah Immanuel,
Pendosa yang terjun dalam nya,
Hilang s’gala dosa.

Penyamun gembira melihat,
Mata Air pada hari nya,
Di situ pun ku, sejahat nya,
Cuci s’gala dosa ku.

Anak Domba! Darah mahal Mu,
Tak ‘kan hilang kuasa nya,
Sehingga Jemaah Tuhan,
Dis’lamatkan, s’lamanya.

Sejak ku lihat dengan iman,
Aliran yang menyembuh ku,
Kasih hebat Tuhan tema ku,
Untuk s’lama-lama.

Kelak, dalam lagu yang mulia,
Ku lagukan kuasa s’lamat Mu,
Dengan semua di syurga nanti,
Ku kibarkan panji ku.

Lord, ‘Kau telah sediakan ku,
Walau ku tidak layak,
Untuk ku hadiah yang ditebus,
Kecapi emas bagi ku.

Ia direka untuk s’lamanya,
Untuk ku membunyikan,
Lagu di t’linga Tuhan Bapa,
Hanyalah Nama Mu!

Friday, April 19, 2013

Lord Jesus, I love Thee


(First line: Lord Jesus I love Thee, I know Thou art mine)


Lord Jesus, ku kasih Mu,
Engkau milik ku,
Batu ku, Pelindung ku,
Keyakinan ku,
Penebus penuh kasih,
Lagu ku ‘kan jadi,
Engkau harus dipuji,
Lord Jesus, Engkau!

Ku kasih Mu sebab,
Kau dulu kasih ku,
Dan tebus dosa ku,
Di salib Calvary,
Ku kasih Mu kerana,
Pakai mahkota duri,
Engkau harus dipuji,
Lord Jesus, Engkau!

Ku kasih Mu dalam-
Hidup dan mati,
Dan puji Mu selagi,
Nafas Kau beri,
Dan berlagu sehingga,
Maut ku lalui,
Engkau harus dipuji,
Lord Jesus, Engkau! 

Di pagi yang cerah,
Bila Kau datang,
Kita akan diangkat ke-
Rumah Bapa,
Ku ‘kan jadi bagai Mu,
Dan berlagu nyaring,
Engkau harus dipuji,
Lord Jesus, Engkau!

Thursday, April 18, 2013

He leadeth me!


(First line: He leadeth me, O blessed thought)


“Dia pimpin ku”! Oh berkatnya,
Oh firman syurga yang aman,
Apa ku buat, di mana jua,
Masih, tangan Tuhan pimpin ku!

Dia pimpin ku! Dia pimpin ku!
Dengan tangan Nya, pimpin ku!
Pengikut setia ku jadi,
Sebab tangan Nya pimpin ku!

Pada masa paling gelap,
Juga bila semua cerah,
Air tenang, laut gelora,
Masih, tangan Tuhan pimpin ku!

Pada tangan Mu ku serah,
Tiada rungut atau takut,
Puas dalam apa jua,
Sebab Tuhan ku memimpin ku.

Bila kerja ku selesai,
Dengan kasih kurnia, ku menang,
Maut pun tidak ku takut,
Sebab di Jordan pun 
Tuhan pimpin ku!


Tuesday, April 16, 2013

And can it be


(First line: And can it be that I should gain an interest in the Saviour's blood)


Dan bolehkah aku  mendapat
Minat dalam darah Jurus’lamat ku?
Mati ‘tuk ku yang menyakiti Nya?
Untuk ku Di-a masuk maut;
Kasih hebat! Be-n-arkah ya-ng
Engk-au Tuh-an mat-i untuk ku?

Dia tinggalkan Takhta Bapa mulia,
Kas-ih k-urnia tidak terhingga,
Rendahkan Diri, tumpahkan darah;
Dan mati unt-uk bangsa Adam;
Kasih-ampun! Pe-n-uh  su-ngg-uh:
O Tu-han k-u  menju-mpai ku!

Lama sudah ku di-belenggu,
Dala-m d-osa dan kegelapan;
Mata Mu be-ri Terang Hidup,
Penjar-a menyal-a dengan terang;
Rantai putus! H-ati  be-b-as!
Ak-u bang-un, dan me-ngikut Mu!

Monday, April 15, 2013

Blessed Assurance


(First line: Blessed assurance Jesus is mine)


Yakin Berkat - Jesus milik ku,
Dicuci dalam darah berharga,
Waris s’lamat, tebusan Tuhan,
Lahir dari Roh, milik Tuhan.

Ini kisah ku dan lagu ku,
Puji Jurus’lamat sentiasa....

Girang sempurna, girang berkat,
Pengangkatan ku teramat jelas,
Malaikat turun bawa khabar-
Laungan ampun berserta kasih.

Taat sempurna, semua aman,
Berkat dan girang bersama Tuhan,
Jaga dan tunggu kedatangan Nya,
Di penuhi dengan kasih Nya.

Sunday, April 14, 2013

I will sing the Wondrous Story


(First line: I will sing the wondrous story of the Christ Who died for me)

Tune: "Gathered by the crystal sea"

Ku ‘kan nyanyi cerita indah,
Jesus mati un-tuk ku,
Dia tinggalkan rumah di syurga,
Ke salib di Calvary.

Ku lagukan cerita indah,
Jesus ma-ti untuk ku,
Bersama orang kudus di syurga-,
Berkumpul di laut kristal.

Aku sesat, Jesus jumpai ku-
Jumpa domba yang sesat,
Tangan kasihNya memeluk ku,
Bawa ku balik pada Nya.

Ku sakit: Jesus menyembuh ku-
Lesu sebab sering jatuh,
Ku buta, takut merasuk ku,
Tapi Dia t’lah bebaskan ku.

Hari gelap masih ku alami,
Sengsara sering di rasa,
Tapi Jurus’lamat bersama ku,
Tangan Nya memimpin aku.

Akan Dia menjaga aku,
Hingga ku sampai di sungai,
Dia ‘kan bawa ku dengan selamat,
Berjumpa yang dikasihi.

Thursday, April 11, 2013

Wonderful Words of Life


(First line: Sing them over again to me)

Tune: "Wonderful words of Life"

Nyanyikan sekali lagi,
Firman Hidup indah,
Biar ku lihat kecantikan,
Firman Hidup indah,
Firman yang amat mulia,
Ajar ku keimanan,

Firman indah, istimewa,
Firman suci Tuhan...

Kristus Yang Berberkat b'rikan,
Firman Hidup indah,
Dengarkanlah O pendosa,
Firman Hidup indah,
Diberi dengan rela,
Jemput kita ke syurga.

Panggilan Injil yang manis,
Firman Hidup indah,
Tawarkan ampun dan aman,
Firman Hidup indah,
Jesus lah Penyelamat,
Berberkat selamanya.

Tuesday, April 9, 2013

When I survey the wondrous cross


(First line: When I survey the wondrous cross)

Tune: "When I survey"

Bila ku renung Salib Indah,
Tempat Raja Mulia mati,
Semua untung ku kira hilang,
Dan membenci segala angkuh ku.

Jangan, O Tuhan, aku megah,
Hanya dalam Salib Kristus Lord ku,
Semua tarikan dunia ini,
Ku korbankan pada darahNya.

Lihat k’pala, tangan, kaki Nya,
Sengsara, kasih b’sama mengalir,
Tak pernah kasih sehebat ini!
Tak pernah duri sekaya ini!

Jika s’gala dunia milik ku,
Amat kecil pemberian pada Nya,
Kasih hebat, kasih tinggi Tuhan,
Tuntut s’gala hati, hidup ku.

Sunday, April 7, 2013

O Happy day! When Jesus washed my sins away


(First line: O Happy day! that fixed my choice...)


Hari riang! bila aku
Percaya pada Mu Tuhan
Hati ku bersukacita
Ingin aku beritakan.

Hari riang! Hari riang!
Jesus ‘dah cuci dosa ku!
Dia ajar ku doa s’lalu
Hidup gembira sentiasa
Hari riang! Hari riang!
Jesus ‘dah cuci dosa ku!

Penebusan sudah tamat!
Kini ku milik Tuhan ku
Dia bawa ku, aku ikut
Tertarik dengan suara Nya.

Kini hati ku ‘dah aman
Tumpuannya pada Tuhan
Tidak akan tinggalkan Nya
Sungguh berkat bersama Nya

Sejak ku harap pada Nya
Hingga ke saat akhirnya
Akan ku puji Tuhan Ku
K’rana pertalian berkat.