Welcome quote

Welcome!

"These hymns have brought cheer in the day of trial; comfort in the time of bereavement; encouragement to live a life of greater devotion to Christ; rebuke to our coldness and oft backslidings; stimulus to enter and continue in sacrificial service for our blessed Lord and Master; and inspiration and guidance in our adoring worship and praise to the Father, through the Son, and in the power of the Holy Spirit!"
- Alfred Gibbs (from 'Hymns: Their Use and Abuse')

Note: The names for tunes indicated are not their formal designations.

Firman Tuhan


INJIL MENURUT
JOHN

BAB 1

PADA mulanya telah ada Firman, dan Firman itu ada dengan Tuhan, dan Firman itu adalah Tuhan.
2  Yang sama ini ada pada mulanya dengan Tuhan.
3  Segala sesuatu telah dijadikan oleh dia; dan tanpa dia tidak ada sesuatu pun yang telah dijadikan dari yang telah dijadikan.
4  Dalam dia ada hidup; dan hidup itu adalah terang manusia.
5  Dan terang itu memancar dalam kegelapan; dan kegelapan itu tidak menguasai nya.


6  Ada seorang lelaki yang diutus dari Tuhan, yang namanya adalah John.
7  Yang sama ini datang sebagai satu kesaksian, untuk memberi kesaksian tentang Terang itu, supaya semua orang melalui nya dapat percaya.
8  Dia bukannya Terang itu, tetapi telah diutus untuk memberi kesaksian tentang Terang itu.


9  Itu adalah Terang sebenar, yang menerangi setiap orang, yang masuk ke dalam dunia.
10  Dia telah ada dalam dunia, dan dunia telah dijadikan oleh dia, dan dunia tidak mengenali dia.
11  Dia datang kepada milik nya, dan milik nya tidak menerima dia.
12  Tetapi sebanyak mana yang menerima dia, kepada mereka diberi nya kuasa untuk menjadi anak-anak Tuhan, iaitu kepada mereka yang percaya dalam nama dia:
13  Yang telah dilahirkan, bukannya dari darah, mahupun dari kehendak daging, tidak juga dari kehendak manusia, tetapi dari Tuhan.
14  Dan Firman itu telah dijadikan daging, dan telah diam di antara kita, (dan kita telah melihat kemuliaan nya, kemuliaan sebagai kandungan tunggal Bapa,) penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.


15  John memberi kesaksian tentang dia, dan berseru, mengata, Ini adalah dia yang telah aku katakan, Dia yang datang selepas aku adalah diutamakan sebelum aku: sebab dia telah ada sebelum aku.
16  Dan dari kepenuhan nya telah kami semua terima, dan kasih kurnia demi kasih kurnia.
17  Sebab hukum telah diberi melalui Moses, tetapi kasih kurnia dan kebenaran datang melalui Jesus Christ.
18  Tiada seorang pun yang pernah melihat Tuhan pada bila-bila masa; Anak kandung tunggal, yang ada dalam pangkuan hati Bapa, dia telah menyatakan dia.


19  Dan ini adalah rekod John, bila orang-orang Yahudi menghantar imam-imam dan orang-orang Levi dari Jerusalem untuk menanya dia, Siapakah engkau?
20  Dan dia mengaku, dan tidak menyangkal; tetapi mengaku, Aku bukannya Christ.
21  Dan mereka menanya dia, Oleh itu apa? Adakah engkau Elijah? Dan dia berkata, Aku bukan. Adakah engkau nabi itu? Dan dia menjawab, Tidak.
22  Kemudian berkata mereka kepada dia, Siapakah engkau? supaya kita dapat memberi jawapan kepada mereka yang menghantar kita. Apakah kata engkau tentang diri mu sendiri?
23  Dia berkata, Aku adalah suara seorang yang berseru di padang gurun, Buatlah lurus jalan Lord, seperti kata nabi Isaiah.



24  Dan mereka yang telah dihantar adalah dari orang-orang Farisee.
25  Dan mereka menanya dia, dan berkata kepada dia, Jadi mengapakah engkau membaptis, jika engkau bukannya Christ itu, mahupun bukan Elijah, tidak juga nabi itu?
26  John menjawab mereka, berkata, Aku membaptis dengan air: tetapi ada berdiri seorang di antara kamu, yang kamu tidak kenal;
27  Dia lah itu, yang datang selepas aku adalah diutamakan sebelum aku, yang tali kasut nya aku tidak layak untuk buka.
28  Perkara-perkara ini terjadi di Bethabara di seberang Jordan, di mana John  sedang membaptis.



29  Hari berikutnya John melihat Jesus datang kepada dia, dan berkata, Lihat Anak Domba Tuhan, yang mengangkat-singkirkan dosa dunia.
30  Ini adalah dia yang aku katakan, Selepas aku datang seorang yang diutamakan sebelum aku: sebab dia telah ada sebelum aku.
31  Dan aku tidak kenal dia: tetapi supaya dia harus dinyatakan kepada Israel, oleh itu telah aku datang membaptis dengan air.
32  Dan John memberi rekod, berkata, Aku nampak Roh turun dari syurga seperti seekor merpati, dan ia diam di atas dia.
33 Dan aku tidak mengenali dia: tetapi dia yang mengutus aku untuk membaptis dengan air, yang sama ini berkata kepada aku, Di atas siapa engkau akan lihat Roh turun, dan menetap pada dia, yang sama ini adalah dia yang membaptis dengan Roh Kudus.
34  Dan aku nampak, dan memberi rekod bahawa dia ini adalah Anak Tuhan.



35 Sekali lagi pada hari berikutnya selepas John berdiri, dan dua orang murid nya;
36  Dan memandang pada Jesus sambil dia berjalan, dia berkata, Lihat Anak Domba Tuhan!
37  Dan dua orang murid itu mendengar dia berkata, dan mereka mengikuti Jesus.



38  Kemudian Jesus berpaling, dan nampak mereka ikut, dan berkata kepada mereka, Apa yang kamu cari? Mereka berkata kepada dia, Rabbi, (iaitu, bila diterjemah bermaksud, Tuan,) di manakah engkau tinggal?
39  Dia berkata kepada mereka, Mari dan lihat. Mereka datang dan melihat di mana dia tinggal, dan diam bersama dia pada hari itu: sebab ia sudah kira-kira jam yang kesepuluh.
40  Satu daripada dua orang itu yang telah mendengar John berkata, dan mengikuti dia, adalah Andrew, saudara Simon Peter.
41  Dia pertamanya mencari saudara nya sendiri Simon, dan berkata kepada dia, Kami sudah menjumpai Messiah, iaitu, bila diterjemah bermaksud, Christ.
42  Dan dia membawa nya kepada Jesus. Dan bila Jesus melihat dia, dia berkata, Engkau adalah Simon anak Jona: engkau akan dipanggil Cephas, yang diterjemah adalah bermaksud, Sebiji batu.



43  Hari berikutnya Jesus ingin pergi ke Galilee, dan menjumpai Philip, dan berkata kepada dia, Ikut aku.
44  Dan Philip adalah dari Bethsaida, kota Andrew dan Peter.
45 Philip mendapatkan Nathanael, dan berkata kepada nya, Kami telah menjumpai dia, yang telah ditulis oleh Moses di dalam hukum, dan oleh para nabi, Jesus dari Nazareth, anak kepada Joseph.
46  Dan Nathanael berkata kepada dia, Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nazareth? Philip berkata kepada dia, Mari dan lihat.


47  Jesus nampak Nathanael datang kepada dia, dan berkata mengenai nya, Lihat seorang yang sememangnya orang Israel, yang di dalam nya tiada muslihat.
48  Nathanael berkata kepada dia, Dari mana engkau mengenali aku? Jesus menjawab dan berkata kepada dia, Sebelum Philip memanggil mu, bila engkau berada di bawah pohon ara, aku sudah nampak mu.
49  Nathanael menjawab dan berkata kepada dia, Rabbi, engkau adalah Anak Tuhan; engkau adalah Raja Israel.
50  Jesus menjawab dan berkata kepada dia, Kerana aku telah berkata kepada mu, Aku sudah nampak mu di bawah pohon ara, percayakah engkau? engkau akan melihat perkara-perkara yang lebih besar dari ini.
51  Dan dia berkata kepada nya, Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada mu, Selepas ini kamu akan melihat syurga terbuka, dan malaikat-malaikat Tuhan naik dan turun pada Anak manusia. 




Bab 2

DAN pada hari ketiga ada satu perkahwinan di Cana di Galilee; dan ibu kepada Jesus ada di sana:
2  Dan kedua-dua Jesus telah dipanggil, dan murid-murid nya, ke perkahwinan itu.
3  Dan bila mereka kekurangan wain, ibu kepada Jesus berkata kepada nya, Mereka tidak ada wain.
4  Jesus berkata kepada dia, Perempuan, apa kena mengena aku dengan engkau? waktu aku belum tiba lagi.
5  Ibu dia berkata kepada hamba-hamba itu, Apa saja dia kata kepada kamu, lakukan.
6  Dan ada terletak di sana enam tempayan batu, mengikut cara penyucian orang-orang Yahudi, yang boleh mengisi dua atau tiga firkin setiap satu.



7  Jesus berkata kepada mereka, Isi tempayan-tempayan itu dengan air. Dan mereka mengisi nya sehinnga ke bibirnya.
8  Dan dia berkata kepada mereka, Cedokkan sekarang, dan bawa kepada ketua perjamuan itu. Dan mereka membawa nya.
9  Bila ketua perjamuan itu telah merasai air yang sudah dijadikan wain, dan tidak tahu dari mana ia datang: (tetapi hamba-hamba yang mengambil air itu tahu;) ketua perjamuan itu memanggil pengantin lelaki,
10  Dan berkata kepada dia, Setiap orang pada permulaannya menampilkan wain yang baik; dan bila orang telah banyak minum, kemudian barulah yang kurang baik: tetapi engkau telah menyimpan wain yang baik hingga ke sekarang.
11  Permulaan dari mukjizat-mukjizat ini telah dilakukan Jesus di Cana di Galilee, dan menyatakan kemuliaan nya; dan murid-murid nya percaya pada dia.



12  Selepas ini dia turun ke Capernaum, dia, dan ibu nya, dan adik-beradik nya, dan murid-murid nya: dan mereka berada di sana tidak banyak hari.


13  Dan Perentang orang-orang Yahudi sudah dekat, dan Jesus pergi naik ke Jerusalem,
14  Dan menjumpai di dalam bait itu mereka yang menjual lembu dan domba dan merpati, dan penukar-penukar wang yang sedang duduk:
15  Dan bila dia sudah membuat seutas cambuk dari tali-tali pintal kecil, dia mengusir mereka semua keluar dari bait itu, dan domba-domba, dan lembu-lembu; dan menghamburkan wang penukar-penukar itu, dan menterbalikkan meja-meja itu;
16  Dan berkata kepada mereka yang menjual merpati, Ambil benda-benda ini dari sini; jangan menjadikan rumah Bapa ku sebuah rumah barang niaga.
17  Dan murid-murid nya teringat yang ia telah tertulis, Semangat untuk rumah mu telah memakan aku.


18  Kemudian jawablah orang-orang Yahudi dan berkata kepada dia, Apa tanda yang engkau tunjukkan kepada kita, memandangkan engkau melakukan perkara-perkara ini? 
19  Jesus menjawab dan berkata kepada mereka, Musnahkan bait ini, dan dalam tiga hari aku akan membangkitkan nya.
20  Kemudian kata orang-orang Yahudi itu, Empat puluh dan enam tahun bait ini berada dalam pembinaan, dan akankah engkau mendirikan nya dalam tiga hari?
21  Tetapi dia berkata tentang bait tubuh nya.
22  Oleh itu bila dia telah dibangkitkan dari antara orang mati, murid-murid nya teringat bahawa dia telah berkata ini kepada mereka; dan mereka percaya akan kitab, dan akan perkataan yang Jesus telah katakan.


23  Sekarang bila dia ada di Jerusalem di Perentang itu, pada hari perayaan itu, ramai telah percaya dalam nama dia, bila mereka melihat mukjizat-mukjizat yang dia lakukan.
24  Tetapi Jesus tidak menaruh diri nya sendiri kepada mereka, kerana dia tahu semua manusia,
 25  Dan tidak memerlukan sebarang orang bersaksi tentang manusia: sebab dia tahu apa yang ada dalam manusia.




BAB 3

ADA seorang lelaki dari para Farisee, bernama Nicodemus, seorang pemimpin orang-orang Yahudi:
2  Yang sama ini datang pada Jesus pada malam hari, dan berkata kepada dia, Rabbi, kami tahu bahawa engkau adalah seorang guru yang datang dari Tuhan: sebab tiada orang boleh melakukan mukjizat-mukjizat ini yang engkau lakukan, kecuali Tuhan ada bersama dia.


3  Jesus menjawab dan berkata kepada dia, Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada mu, Kecuali seorang dilahirkan semula, dia tidak boleh melihat kerajaan Tuhan.


4  Nicodemus berkata kepada dia, bagaimana boleh seorang dilahirkan semula bila dia sudah tua? bolehkah dia masuk untuk kali kedua ke dalam rahim ibu nya, dan dilahirkan?


5  Jesus menjawab, Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada mu, Kecuali seorang dilahirkan dari air dan dari Roh, dia tidak boleh masuk ke dalam kerajaan Tuhan. 
6  Yang dilahirkan dari daging adalah daging; dan yang dilahirkan dari Roh adalah roh.
7  Janganlah kagum yang aku telah kata kepada mu, Kamu mesti dilahirkan semula.
8  Angin bertiup ke mana ia mahu, dan engkau mendengar bunyinya, tetapi tidak boleh memberitahu dari mana ia datang, dan ke mana ia pergi: begitu juga setiap orang yang dilahirkan dari Roh.


9  Nicodemus menjawab dan berkata kepada dia, Bagaimana boleh perkara-perkara ini terjadi?


10  Jesus menjawab dan berkata kepada dia, Adakah engkau seorang tuan-guru Israel, dan tidak mengerti perkara-perkara ini?
11  Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada mu, Kita mengatakan apa yang kita tahu, dan bersaksikan apa yang kita telah lihat; dan kamu tidak menerima kesaksian kita.
12  Jika aku telah memberitahu kamu perkara-perkara duniawi, dan kamu tidak percaya, bagaimana akan kamu percaya, jika aku memberitahu kamu tentang perkara-perkara syurgawi?
13  Dan tiada seorang pun yang telah naik ke atas syurga, melainkan dia yang telah turun dari syurga, iaitu Anak manusia yang ada di syurga.
14 Dan seperti Moses mengangkat ular itu di padang gurun, begitu juga mesti Anak manusia diangkatkan:
15  Supaya barangsiapa percaya dalam dia tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup abadi.
16 Kerana Tuhan begitu kasih akan dunia, sehingga dia memberikan Anak kandung tunggal nya, supaya barangsiapa percaya dalam dia tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup kekal.
17 Sebab Tuhan tidak mengutus Anak nya ke dalam dunia untuk menghukum dunia; tetapi supaya dunia melalui dia dapat diselamatkan.


18  Dia yang percaya kepada nya tidak dihukum: tetapi dia yang tidak percaya memang sudah terhukum, kerana dia telah tidak percaya dalam nama Anak kandung tunggal Tuhan.
19  Dan ini adalah hukuman itu, bahawa terang sudah datang ke dalam dunia, dan manusia cintakan kegelapan daripada terang, kerana perbuatan-perbuatan mereka adalah jahat.
20  Sebab setiap orang yang melakukan kejahatan membencikan terang, tidak juga datang kepada terang itu, supaya tidak perbuatan-perbuatan dia dikutuk.
21  Tetapi dia yang melakukan kebenaran datang kepada terang itu, supaya perbuatan-perbuatan dia boleh dijadikan nyata, bahawa ia dikerjakan dalam Tuhan.


22 Selepas perkara-perkara ini datanglah Jesus dan murid-murid nya ke tanah Judaea; dan di sana dia tinggal bersama mereka, dan membaptis.
23  Dan John juga sedang membaptis di Aenon dekat dengan Salim, kerana di sana ada banyak air: dan mereka datang, dan telah dibaptis. 
24  Sebab John belum lagi dibuang ke dalam penjara.


25  Kemudian ada timbul satu soalan di antara sesetengah daripada murid-murid John dan orang -orang Yahudi tentang penyucian.
26  Dan mereka datang kepada John, dan berkata kepada dia, Rabbi, dia yang ada bersama mu di seberang Jordan, kepada nay engkau telah memberi kesaksian, lihat, yang sama ini membaptis, dan semua orang datang kepada dia.


27  John menjawab dan berkata, Seseorang itu tidak dapat menerima sesuatu pun, kecuali jika diberikan kepada dia dari syurga.
28  Kamu sendiri menjadi saksi aku, bahawa aku berkata, Aku bukannya Kristus, tetapi aku telah dihantar sebelum dia.
29  Dia yang ada pengantin perempuan adalah pengantin lelaki: tetapi kawan kepada pengantin lelaki, yang berdiri dan mendengar dia, bersukacita dengan besar kerana suara pengantin lelaki: oleh itu kegembiraan aku ini sudah dikabulkan.
30  Dia mesti bertambah, tetapi aku mesti berkurang. 


31  Dia yang datang dari atas adalah di atas segalanya: dia yang dari bumi adalah dari bumi, dan berkata tentang hal bumi: dia yang datang dari syurga adalah di atas segalanya.
32  Dan apa yang dia telah lihat dan dengar, itu dia persaksikan; dan tiada orang yang menerima kesaksian nya.
33  Dia yang telah menerima kesaksian nya telah menetapkan pada dirinya bahawa Tuhan adalah benar.
34  Sebab dia yang Tuhan telah utus mengatakan firman-firman Tuhan: sebab Tuhan tidak memberi Roh secara ukuran kepada nya.
35  Bapa mengasihi Anak, dan telah memberi segala sesuatu ke dalam tangan nya.
36  Dia yang percaya pada Anak ada hidup kekal: dan dia yang tidak percaya pada Anak tidak akan melihat kehidupan; tetapi murka Tuhan berkekalan pada nya.




BAB 4

OLEH itu bila Lord mengetahui bagaimana para Farisee telah mendengar  bahawa Jesus membuat dan membaptis lebih banyak murid-murid dari John,
2  (Sungguhpun Jesus sendiri tidak membaptis, tetapi, murid-murid nya,)
3  Dia meninggalkan Judaea, dan pergi sekali lagi ke Galilee.
4  Dan dia perlu pergi melalui Samaria.
5 Kemudian datanglah dia ke sebuah kota Samaria, yang dipanggil Sychar, dekat dengan bidang tanah yang Jacob beri kepada anak nya Joseph.
6  Adapun perigi Jacob berada di sana. Jesus oleh itu, kerana letih dengan perjalanan nya, duduklah dengan demikian di perigi itu: dan ia kira-kira jam yang keenam.


7  Datanglah seorang perempuan Samaria untuk mengambil air: Jesus berkata kepada dia, Berilah aku minum.
8  (Sebab murid-murid nya telah pergi ke dalam kota untuk membeli makanan.)
9  Kemudian kata perempuan Samaria itu kepada dia, Bagaimana boleh yang engkau, sedangkan seorang Yahudi, meminta air dari aku, yang adalah seorang perempuan Samaria? sebab orang Yahudi tidak mempunyai sebarang urusan dengan orang Samaria.
10  Jesus menjawab dan berkata kepada dia, Jika engkau tahu akan kurnia Tuhan, dan siapakah yang berkata kepada mu, Berilah aku minum; engkau tentu sudah meminta dari dia, dan dia tentu telah memberi mu air yang hidup. 
11  Perempuan itu berkata kepada dia, Tuan, engkau tidak mempunyai apa pun untuk mengambil air, dan periginya dalam: jadi dari manakah engkau mempunyai air yang hidup itu? 
12  Adakah engkau lebih besar dari bapa kami Jacob, yang telah memberikan kami perigi itu, dan telah minum dari sana sendiri, dan anak-anak nya, dan lembu-ternakan nya?


13  Jesus menjawab dan berkata kepada dia, Barangsiapa minum dari air ini akan haus semula:
14  Tetapi barangsiapa minum dari air yang aku akan berikan dia tidak akan haus selama-selamanya; tetapi air yang aku akan berikan dia akan menjadi di dalam dia sebuah perigi air yang bermunculan menjadi hidup yang kekal.
15  Perempuan itu berkata kepada dia, Tuan, berilah aku air ini, supaya aku tidak haus, dan tidak datang ke sini untuk mengambil air.


16  Jesus berkata kepada dia, Pergi, panggil suami mu, dan datang ke sini.
17  Perempuan itu menjawab dan berkata, Aku tidak ada suami. Jesus berkata kepada dia, Engkau telah berkata dengan betul, Aku tidak ada suami:
18  Sebab engkau telah ada lima orang suami; dan dia yang engkau sekarang ada bukannya suami mu: dalam ini engkau telah berkata benar.
19  Perempuan itu berkata kepada dia, Tuan, aku dapat lihat yang engkau adalah seorang nabi.
20  Bapa-bapa kami telah menyembah di gunung ini; dan kamu kata, bahawa di Jerusalem lah tempat di mana orang patut bersembahyang.



21  Jesus berkata kepada dia, Perempuan, percayalah aku, waktunya tiba, apabila kamu tidak akan di gunung ini, mahupun juga di Jerusalem, menyembah Bapa.
22  Kamu menyembah apa yang kamu tidak tahu: kami tahu apa yang kami sembah: sebab keselamatan adalah dari orang Yahudi.
23  Tetapi waktunya tiba, dan sekarang sudah tiba, bila penyembah-penyembah sebenar akan menyembah Bapa dalam roh dan dalam kebenaran: sebab Bapa mencari mereka yang sebegini untuk menyembah dia.
24  Tuhan adalah Roh: dan mereka yang menyembah dia mesti menyembah dia dalam roh dan dalam kebenaran.
25  Perempuan itu berkata kepada dia, Aku tahu bahawa Messias akan datang, yang dipanggil Kristus: bila dia sudah datang, dia akan memberitahu kami segala perkara.


26  Jesus berkata kepada dia, Aku yang berkata kepada mu adalah dia.
27 Dan pada ketika ini datanglah murid-murid nya, dan berasa hairan yang dia bercakap dengan perempuan itu: namun tiada seorang pun berkata, Apa engkau cari? atau, Mengapakah engkau bercakap dengan dia?


28  Perempuan itu kemudian meninggalkan tempayan nya, dan pergi ke dalam kota, dan berkata kepada orang-orang lelaki,
29  Mari, lihat seorang lelaki, yang telah memberitahu aku semua perkara yang aku pernah lakukan: bukankah ini Kristus?
30  Kemudian mereka pergi keluar dari kota itu, dan datang kepada dia.


31  Sementara itu murid-murid nya memohon nya, berkata, Tuan, makan.
32  Tetapi dia berkata kepada mereka, Aku ada makanan untuk dimakan yang kamu tidak tahu.
33  Oleh itu berkatalah murid-murid itu satu kepada yang lain, Sudahkah sesiapa membawa dia sesuatu untuk makan?
34  Jesus berkata kepada mereka, Makanan aku adalah untuk melakukan kehendak dia yang telah mengutus aku, dan untuk menyelesaikan kerja nya.
35  Jangan kamu kata, Bukankah ada empat bulan lagi, dan lepas itu datanglah musim menuai? lihat, aku berkata kepada kamu, Angkatlah mata kamu, dan pandang ke ladang-ladang; sebab mereka sudah putih sedia untuk dituai.
36  Dan dia yang menuai menerima upah, dan mengumpul buah kepada hidup abadi: sehingga kedua-dua dia yang menyemai dan dia yang menuai boleh bersukacita bersama-sama.
37  Dan dalam ini benarlah pepatah itu, Seoarang menyemai, seorang lain menuai.
38  Aku mengutus kamu untuk menuai di atas mana kamu tidak memberikan sebarang kerja: orang lain telah bekerja, dan kamu telah masuk ke dalam kerja-kerja mereka.


39  Dan ramai dari orang-orang Samaria dari kota itu percaya pada dia oleh kerana kata-kata perempuan itu, yang bersaksi, Dia telah memberitahu aku semua yang pernah aku lakukan.
40  Jadi bila orang-orang Samaria itu sudah datang kepada dia, mereka merayu kepada nya supaya dia tinggal dengan mereka: dan dia tinggal di sana dua hari.
41  Dan ramai lagi telah percaya kerana kata dia sendiri;
42  Dan berkata kepada perempuan itu, Sekarang kami percaya, bukan kerana kata-kata mu: sebab kami sendiri telah mendengar dia, dan tahu bahawa dia ini memang adalah Kristus, Juruselamat dunia. 


43   Sekarang selepas dua hari dia beredar dari sana; dan masuk ke Galilee.
44  Sebab Jesus sendiri bersaksi, bahawa seorang nabi tidak mendapat hormat dalam negeri nya sendiri.
45  Kemudian bila dia sudah datang ke dalam Galilee, orang-orang Galilee menerima nya, setelah melihat segala perkara yang dia lakukan di Jerusalem di perayaan itu: sebab mereka juga telah pergi ke perayaan itu.


46  Jadi Jesus datang sekali lagi ke Cana di Galilee, di mana dia telah membuat air jadi wain. Dan di sana ada seorang bangsawan, yang anak nya sakit di Capernaum.
47  Bila dia mendengar bahawa Jesus sudah keluar dari Judaea ke Galilee, dia pergi kepada nya, dan memohon nya supaya dia akan turun, dan menyembuh anak nya: sebab dia berada pada titik kematian.
48  Kemudian kata Jesus kepada dia, Kecuali kamu melihat tanda-tanda dan keajaiban-keajaiban, kamu tidak mahu percaya.
49  Bangsawan itu berkata kepada dia, Tuan, turunlah sebelum anak aku mati.
50  Jesus berkata kepada dia, Pergi; anak mu hidup. Dan orang itu percaya kata yang Jesus telah katakan kepada nya, dan dia pergi.
51  Dan sambil dia sekarang sedang turun, hamba-hamba nya bertemu dia, dan memberitahu dia, berkata, Anak mu hidup. 
52  Kemudian bertanyalah dia dari mereka waktu bila dia mula pulih. Dan mereka berkata kepada dia, Kelmarin pada jam ketujuh demam itu meninggalkan dia.
53  Jadi bapa itu tahu bahawa ia adalah pada waktu yang sama itu, dalam mana Jesus berkata kepada dia, Anak mu hidup: dan dia sendiri percaya, dan seluruh rumah nya.
54  Ini sekali lagi mukjizat kedua yang Jesus lakukan, bila dia sudah keluar dari Judaea ke dalam Galilee. 



Bab 5
(In progress...)


No comments:

Post a Comment